Halaman

.: Selamat Datang Ke Laman Blog Geng Terkukur Segamat :.

03 Januari 2011

Home » Info Terkukur

Info Terkukur

Huh.. Sebut saja pasal terkukur ini bukan main banyak benda dan perkara berkait mait. Kenapa aku tulis macam tuh? Lu pikirlah sendiri.. kerana  bermula sebelum seekor burung terkukur liar di tangkap sehinggalah  berjaya dijadikan Pikat atau Denak, bukan main banyak benda yang akan kita jumpa.... Apa benda yang akan kita jumpa? huh.. banyak.. memang banyak.. Salah satunya adalah cara atau pun kaedah untuk menangkap terkukur liar nih. Macam mana nak tangkap terkukur nih?


Haaaaaa............

Kaedah untuk menangkap burung terkukur ini juga ada banyak, antaranya seperti menggunakan Jebak, Racik, Getah, Lastik, Jaring dan lain-lain. Kebanyakkan pemikat burung terkukur nih menggunakan Jebak atau Racik saja kerana lebih berpotensi mendapatkan burung terkukur yang baik bakanya dan berbunyi merdu, galak, galak ker?


Terkukurrrrr......terkukurrrrrr...........terkukurrrrrrrr.........


Jebak.

Salah satu kaedah yang biasa digunakan untuk menangkap terkukur liar iaitu merupakan sejenis perangkap yang dipelajari kaedahnya daripada orang terdahulu. Penggunaan Jebak juga memerlukan seekor Pikat atau Denak yang dijadikan umpan memanggil terkukur liar. Pikat atau Denak adalah panggilan kepada seekor terkukur yang telah dilatih atau diajar berbunyi dan kaedah ini adakalanya mengambil masa sehingga 2 tahun. Kenapa 2 tahun? Kerana hanya terkukur yang telah jinak dan telah dilatih berbunyi  boleh dijadikan Denak atau Pikat yang berkualiti.


Bukan mudah untuk memilih Pikat atau Denak yang berkualiti. Keadaan fizikalnya, lenggok irama bunyinya, angin sikapnya, semuanya diambil kira. Pemburu (pemikat) burung akan meletakkan seekor terkukur Pikat atau Denak  dalam jebak digunakan untuk memikat atau menggoda dan menipu terkukur liar yang berkeliaran di kawasan belukar atau hutan. Semasa dibawa ke kawasan tersebut jebak  mesti ditutup dengan kain. Apabila tiba di kawasan yang telah dikenalpasti mempunyai burung, jebak akan diletakkan sama ada di atas pokok renek atau pun di atas tanah di mana penutup dan pintu jebak akan dibuka. Mata jerat dipasang dalam satu lengkaran atau bulatan di hadapan jebak. Pemikat akan memerhatikan dari jauh. Suara (bunyi) burung dalam jebak dapat memikat burung-burung di situ untuk menghampiri dan masuk ke dalam jebak atau terkena jerat yang dipasang. Apabila burung masuk dan terpijak jerat yang dipasang maka pintu jebak akan tertutup. Burung ini akan dipelihara oleh pemikat sama ada untuk hiasan, pertandingan dan ada juga yang menjualnya kepada kawan-kawan dan peminat burung.


Racik..
Racik merupakan sejenis perangkap untuk menangkap burung. Racik diperbuat daripada beberapa bahan seperti potongan tembaga, tali tangsi, benang dan getah. Tembaga halus sepanjang kira-kira 3 inci dijadikan tiang racik. Tali tangsi sepanjang 6 inci bagi satu mata racik. Hujung tali tangsi disambung dengan benang nilon halus yang dipilin atau dipintal supaya kejap dan disimpai dengan tembaga halus berbentuk seperti nombor 8 atau pin pancing ikan. Bagi racik yang matanya sedikit pemberat seperti timah ladung yang kecil digunakan. Ini membentuk satu mata racik. Antara satu mata dengan mata yang lain disambung dengan tali kajar yang dibuat dari tali precut supaya racik tidak tercabut dibawa lari oleh burung. 
 
Terdapat beberapa saiz racik iaitu sama ada 37, 32, 27, 24, 17 15 dan 11 mata bagi satu rawan racik. Racik yang mempunyai mata yang banyak digunakan untuk meracik di atas tanah iaitu mata 37, 32, 27 atau 24. Manakala racik dengan mata 17 dan 15 digunakan di atas tunggul atau batang kayu lapuk. Bagi racik yang dipasang di atas dahan pula adalah dengan mata 15 atau 11.

 Menjebak burung menggunakan racik perlu menggunakan denak atau pemikat. Denak ini berbeza mengikut tempat di mana racik hendak dipasang. Sekiranya racik dipacak di atas tanah, denak yang digunakan adalah burung jantan. Sementara denak yang terdiri dari burung betina digunakan bagi racik yang di pasang di atas dahan. Mata racik hendaklah dipacak satu persatu dengan cara tersendiri yang digemari oleh pemikat burung. Antara cara yang digunakan ialah secara bersilang, mengikut pusingan atau secara berjajar. Ia dipacak supaya gelung nilon hampir mencecah tanah dan dipacak mengikut cara pacakan yang sama bagi kesemua mata racik. Berhampiran mata racik diletakkan denak sebagai pemikat. Pergerakan denak tidak harus sampai kepada mata racik dan ini perlu dipastikan supaya denak tidak terkena racik yang dipasang. Burung yang berada di kawasan tersebut akan datang menghampiri denak dan pada waktu yang sama akan terjerat oleh racik.
Selepas digunakan racik perlu dicabut dan disimpan dengan rapi. Mencabut racik perlu dimulakan dari hujung di mana tiga jari digunakan untuk memasukkan gelung racik satu demi satu sehingga sampai kepada tali kajar. Racik dikemaskan dan dimasukkan ke atas gelungan getah dan diurut supaya rapi dan hujung tali kajar disisipkan ke dalam gelungan getah. Sekiranya racik dijaga dan disimpan dengan rapi ianya boleh tahan sehingga 20 tahun dan jika tidak dijaga ianya akan rosak dalam tempoh yang singkat lebih kurang 1 hingga 3 tahun.
 ( sumber- http://malaysiana.pnm.my/Alat%20Tradisonal/buru_racik.htm )


Jaring
Jaring biasanya diperbuat daripada benang atau tali yang disirat untuk tujuan tertentu. Besar dan lebar mata jaring tersebut bergantung kepada kegunaannya. Untuk burung terkukur biasanya menggunakan mata jaring bernombor 7 atau 8. Ada juga yang menggunakan jaring berbentuk bintang mengikut kesesuaian.

Jaring juga boleh digunakan sebagai alat untuk memerangkap ikan atau kelawar. Jaring biasanya akan dipasang di kawasan lapang dan semak yang tidak mempunyai pokok tinggi  dan menjadi temapat burung terkukur terbang.  

Bagi yang mahir, satu alat bunyi akan digunakan untuk membuat bunyi seperti burung terkukur. 
Alat ini dinamakan 'pendekut' dan diperbuat daripada buluh dengan tebukan lubang tertentu, dan diberi muncung yang mempunyai lidah bagi mengeluarkan bunyi apabila ditiup.

Selepas menegakkan jaring pada dua tiang buluh atau berlindung disebalik pokok dan meniup pendekut. Pemikat burung terkukur  akan meniup pendekut ini dengan bunyi yang mirip seperti burung terkukur. Burung terkukur liar yang mendengar bunyi ini akan menghampiri kawasan di mana terdapat bunyi dan apabila melalui jaring akan tersangkut.
 

Lastik

Lastik adalah sejenis alat untuk memburu burung dan alat untuk pertahankan diri. Kelebihan alat ini iaitu tidak mencemarkan alam sekitar kerana ia menggunakan bahan semulajadi dari hutan dan bahan terbuang. Kebanyakan alat ini dijadikan sebagai alat mainan oleh kanak-kanak atau remaja kampung untuk melastik burung dan buah-buahan.
Bahan utama dalam proses pembuatan lastik adalah cabang ranting anak kayu yang berbentuk 'Y', getah lastik, kulit sebagai tempat meletakkan batu peluru dan getah bulat/gelang sebagai getah pengikat. Biasanya tiub basikal yang sudah tidak digunakan digunting untuk dijadikan laras lastik.
Cara membuat lastik:
a) Mencari cabang ranting anak kayu yang berbentuk "Y"
b)Pada pangkal atau pemegang lastik dibalut dengan getah tiub tayar basikal supaya ianya kelihatan seperti bahagian pemegang raket badminton.
c)Tiub tayar basikal akan digunakan untuk dijadikan getah lastik. Gunting getah tersebut sepanjang satu kaki dengan lebar setengah inci setiap satu.
d) Untuk menyediakan lapik kulit untuk pelurunya adalah menggunakan kasut-kasut kulit yang tidak digunakan. Potong lidah kasut mengikut bentuk bujur.
e)Pada kiri dan kanan lapik kulit akan ditebuk dua lubang. Getah lastik akan diikat dengan getah bulat pada lapik kulit ini seakan seperti bentuk buaian.
f)Kemaskan ikatan pada kedua-dua cabang lastik tadi.
g) Kemudian ia diuji kekuatannya. Peluru bagi lastik adalah seperti batu kerikil sebesar guli dan biji getah.
( sumber- http://malaysiana.pnm.my/Alat%20Tradisonal/buru_racik.htm )

1 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...